Ahad, 23 Jun 2013

Dive into the deep blue sea.. Subhana Allah

Subhana Allah.. Pada 7 - 9hb Jun 2013.. 
Javareka (M) Sdn Bhd telah berkolaborasi dengan Muslimah Divers, Telekung Project & TV Al Hijrah untuk tujuan CSR. Iaitu dengan projek pemasangan tukun di dasar laut Tioman. 

Tukun tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semulajadi seperti batu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat tiruan kepada pelbagai hidupan marin terutama ikan.

Struktur tukun ini selepas satu tempoh tertentu akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi yang lengkap dan tempoh perubahan ini mengambil masa kira-kira setahun bergantung kepada keadaan persekitaran tukun berkenaan diletakkan. 

Selain daripada itu, kami juga terlibat dengan aktiviti membersihkan masjid, mewakafkan Al Quran dan telekung yang baru. Serta membersihkan pantai dari kotoran sampah sarap yang dibuang oleh perbuatan kita juga. 

So ini adalah beberapa foto untuk tatapan kalian. Projek ini sangat best & berharap agar dapat berkerjasama sekali lagi di masa akan datang. Insya Allah :-) 


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan