Sabtu, 29 Mac 2014

Si rabun celik semula :-)

Alhamdulillah :-)

Penantian ini telah diizinkan Allah swt terjadi.

26 tahun menanti.. 27 Mac 2014 bersamaan hari Khamis yang penuh bahagia & kesyukuran tak terhingga dipanjatkan kepada Allah swt.

Saya adalah antara beribu - ribu orang yang menderita astigmatism. Apa itu astigmatism? Boleh click Google sini..

http://www.aoa.org/patients-and-public/eye-and-vision-problems/glossary-of-eye-and-vision-conditions/astigmatism#1

Saya difahamkan ada beberapa Opto yang melakukan lasik ini tetapi memandangkan saya tak dapat maklumat yang banyak.. Saya lebih senang melakukan lasik dengan Prof Muhaya seorang tokoh dan pakar mata yang terkenal di Malaysia. 

Beliau banyak memudahkan pencarian saya.. Saya boleh mendapatkan maklumat di laman web beliau. Google sahaja pasti berderet maklumat. Bukan itu sahaja cara Prof Muhaya melakukan lasik dan testimonial juga boleh kita dapati dalam laman web beliau. 

:-)

Oklah.. Saya bukan nak huraikan satu persatu apa itu lasik.. Memandangkan ramai bertanya berapa harga dan bagaimana rasanya lasik ni.. 

Seriusnya saya tak berapa pasti kalau ada lasik yang lebih murah sebab saya memang nak buat dengan Prof Muhaya sahaja. Ini kerana saya percaya dengan kredibiliti beliau dalam bidang ini. 

Soal harga murah atau mahal, tidak pernah saya fikirkan kerana keinginan saya yang tinggi untuk mendapatkan penglihatan yang baik, jelas & terang. 

Harga untuk sepasang mata adalah RM6,999.00 bagi mereka yang berumur 35 tahun ke bawah manakala lebih dari itu adalah RM7,999.00. 

Walau bagaimana pun anda perlu melalui assessment untuk memastikan mata anda sesuai untuk lasik atau tidak.. 

For an appointment. sms this no. 016 387 3282

Sms shj sebab call dia tak angkat. 

Result assessment boleh terus dapat on the spot. Kalau mata ok for lasik.. Maybe boleh terus buat atau the next day.

Proses lasik tidaklah lama.. 3 minit sahaja.. Ikut sahaja arahan Prof.. Mesti tak perasan :-)

Tapi lepas dari itu.. Anda kena bersedia kerana mata akan pedih macam keadaan kita mengupas bawang merah.. Huhuhu pedih.. Mungkin dalam 3 - 5 jam kena rest.. Tapi no worries ubat pain killer, ubat titis mata dan cermin mata hitam diberi sekali.. Kita rest sahaja :-)... 

Penting sekali jangan memandu pada hari itu.. Kalau pergi sendirian pastikan ada orang yang boleh hantar dan ambil balik.. Kalau tak pun bawalah pasangan masing - masing atau kawan. 

Secara peribadinya, saya menyenangi service yang diberikan oleh team lasik Prof Muhaya. Dalam bilik lasik tu, Prof akan memberi kata - kata semangat & positif. Zikir sentiasa bermain dan suasana bilik lasik itu penuh dengan aura positif.. Subhana Allah hebatnya perasaan ketika itu. 

Airmata saya tak dapat dibendung lagi ketika itu.. Bila Prof tanya apa perasaan saya.. Saya kata saya rasa sangat bersyukur & gembira. 

Saya rabun dari umur 7 tahun lagi.. 
Masa tu memang saya akui sedih kerana saya terfikir kerabunan saya itu disebabkan oleh dosa saya kepada mak bapak.. How innocent we are... Huhuhu 

Prof genggam tangan saya & peluk saya. 

Dan bawa saya melihat bangunan KLCC.
Katanya cantikkan.. Sambil tersenyum manis.. 

Prof menasihati saya agar mensyukuri nikmat mata ini, sentiasa membaca al Quran dan melihat perkara yang baik - baik.. :-)

Alhamdulillah :-)

Pada yang teringin nak buat lasik tapi merasakan kosnya mahal.. Nasihat saya kumpul lah duit.. Mata ini anugerah Allah swt.. Bila anda lihat teknologi yang ada di Hospital Prince court itu.. Pasti anda faham kenapa.. :-) 

Oklah saya doakan kemudahan kepada anda semua agar dapat melihat dengan baik, terang & jelas.. :-) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan