Jumaat, 27 September 2013

My Beautiful trip to Korea (part 2)

Assalamualaikum wbkt semua ^_^

Sebelum menutup mata.. 
Saya teringat nak cerita pasal percutian percuma pertama saya bersama Hai O. 
Memang tidak terlintas di fikiran saya akan mendapat percutian percuma.. Huhuhuhu selalunya memang kena kerja bagai nak rak untuk kumpul duit.. 
Kenyataan untuk rakyat biasa macam kita.. Walaupun ada perniagaan sendiri tetap kena kerja lebih jugak kan... 

Hai O menyediakan platform yang mudah untuk kita berniaga sebenarnya. Ianya simple, adil & mematuhi syariah. Serta tidak menindas orang lain.. Macam mana tu.. Berjela pula nak explain kat sini.. ^_^

Saya buat business ni secara part time sahaja... Komitmen saya terlalu tinggi dengan syarikat sendiri, Javareka (M) Sdn Bhd....namun itu bukan alasan. 

Tak sampai setahun saya dapat anugerah Senior Sales Manager & melancong secara percuma ke Korea :-)
Not bad kan...? 

Korang pun boleh kalau mahu.. Peluang memang selalu tiba tapi kita tak akan tahu yang mana satu yang terbaik untuk kita... Jadi memilih bukan alasan untuk menangguhkan keputusan, anda perlu mencuba.. Orang yang tidak mencuba adalah orang yang rugi kerana dia tidak akan belajar dari kesilapan.. Tanpa kesilapan, bagaimana belajar untuk berjaya?  

Oklah berikut adalah gambar - gambar hari kedua kami di Seoul, Korea. 

Perkongsian ini tiada lain hanya untuk membuktikan kata - kata ini bukanlah kosong & memberi suntikan semangat pada anda untuk bermula.. Saya juga manusia biasa tapi ingin menjadikan kehidupan saya luar biasa hebat. Anda bagaimana? :-) 




 
Orang tanya saya... Betul ke saya naik spin cyro ni.. Hahahaha no doubt lagi! Disebalik wajahku yang ayu ini Hahahaha janganlah muntah ok.. Unbelievable saya naik dengan penuh semangat kau.. Hihihi memang terbaik.. Yang best saya tak jerit jerit pun.. Saya menikmatinya dengan jantung yang penuh drama. Hahahaha 


Hahahaha yang ni pun giler suka... 

Yup.. Saya pakai baju labuh hari - hari di sana.. Bukan apa.. Senang nak solat.. Itu sahaja disamping menunaikan kewajipan saya sebagai seorang muslimah & hamba Allah swt. Tapi kenalah pakai seluar panjang kat dalam.. Amboiii lah pakai kain semata.. Sure saya tak main permainan itu.. Hehehehe

 
Ok ini termasuk hadiah daripada syarikat kepada kami.. Memang tergamam sebab tak sangka.. Terima kasih. ^_^











Kenapa saya ambil gambar anjing tu? Sebab anjing tu dipakaikan kasut... Huhuhu perasan tak?


Haaa sini tempat kami dinner.. Alhamdulillah kat sinilah kami dapat bersolat tu ^_^













Ahad, 22 September 2013

My beautiful trip to Korea (part 1)


Assalamualaikum wbkt.. 

Syukur ke hadratNya.. Kami semua yang pergi ke Korea dari 16hb - 20hb September 2013 telah selamat tiba ke tanah air.. Hari ini adalah hari kedua selepas pulang. :-) alhamdulillah kami sihat - sihat belaka ^_^ cuma mungkin ada yang masih terasa jet lag.. Saya cuma penat sedikit. HendakNya. ^_^

Delagasi terbesar ini adalah terdiri daripada qualifier muslim.. Iaitu sebanyak 800++ kiranya macam delegasi muslim lah.. Haaa ramai tak??? Alhamdulillah syukur.. 

Oklah nanti kita sambung part 2 ye.. 
Saya attach gambar sikit ok ^_^






Gala Dinner :-)








 



Ahad, 15 September 2013

Usrah suci 14/09/2013

Assalamualaikum wbkt.. 
Just nak sharing ilmu masa usrah semalam dengan Ustaz Muhammad Amin berkenaan Kepercayaan kepada Rasul & Nabi. 

Usrah Suci 14 Sept 2013 bersama ustaz Muhammad Abdullah Al Amin mengetengahkan Syarah Rukun Iman. Kesinambungan kelas bulan lepas, kali ini rukun iman keempat~Percaya dengan Rasul ♡♡

Perbezaan Nabi dan Rasul
Nabi :adalah seorang manusia, lelaki yang mendapat wahyu dari Allah SWT namun tidak wajib disebarkan kepada orang lain..
Rasul: adalah seseorang manusia, lelaki yang mendapat wahyu dari Allah dan memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut.

Jumlah nabi dan rasul ada 124.000 orang, diantaranya ada 313 orang yang diangkat Allah SWT menjadi Rasul. Diantara 313 orang Nabi dan Rasul itu, ada 25 orang yang nama dan sejarahnya tercantum dalam Al Quran.

Bila membicarakan mengenai beriman kepada Rasul maka kita membicarakan lima perkara.

1.Beriman dengan nama kewujudan.
Ada 25 org yg namanya disebutkan di dalam al-Quran. Kita hendaklah meyakini akn kewujudan mereka ini ialah :-
1.Adam 2.Idris 3.Nuh 4.Hud 5.Soleh 6.Ibrahim 7.lsmail 8.Luth 9.Ishak 10.Yakub 11.Yusuf 12.Ayub 13.Syuib 14.Harun 15.Musa 16.Ilyasa 17.Zulkifli 18.Daud 19.Sulaiman 20.Ilyas 21.Yunus 22.Zakaria 23.Yahya 24.Isa 25.Muhammad

2.Beriman dengan risalah datangnya dari Allah SWT. 
-Yang dikatakan dgn beriman dengan risalah para Rasul itu adalah hak dari Allah ialah meyakini bahawa segala apa yang nabi ajarkan adalah datangnya dari Allah. Rasul hanyalah menyampaikan kpd kita. Segala perkara yang diajarkan adalah apa yang Allah telah sampaikn kpd mereka.

3.Beriman dengan sirah perjalanan hidupnya
-Beriman dgn babak2 hidup para Rasul yg telah diceritakan di dlm al-Quran dan hadith2 yg sahih. Jika seseorang itu menolak salah satu dari babak hidup para Rasul yg dikisahkan oleh al-Quran atau hadith yg soheh maka akan rosaklah imannya.
-Kisah hidup para Rasul seperti Adam yg diturunkan dr Syurga. Banjir besar di dalam kisah nabi Allah Nuh. Terbelahnya laut spt di dlm kisah nabi Allah Musa dan lain2 lagi. Kisah isra'dan mikraj nabi Muhammad SAW.
-Di antara contoh kisah nabi itu spt kisah isra'nabi Muhammad SAW spt di dlm firman Allah.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra' ayat 1)

4.Membenarkan apa yang sahih dari perkhabarannya
-Beriman dgn Rasul juga bermaksud kita perlu beriman dgn segala perkhabaran yg telah diberitahu kepada kita. Seseorang nabi akan mengucapkn perkara yg berkaitan agama dgn apa yg telah diajarkan oleh Allah kepada mereka. Mereka tidak mengucapkan sesuatu yg berkaitan agama dgn akal atau nafsu mereka. Oleh yg demikian, segala apa yg datang dari Rasul hendaklah kita membenarkannya. 
-Rasul itu sifatnya maksum (terpelihara dari dosa - dosa, kesilapan yg mndatangkan dosa)

5. Meyakini syariat yang telah dibawakan kepada kita
-Selain itu yang dikatakan beriman kepada Rasul ialah kita beriman dengan  syariat yg telah diajarkan kpd kita. Syariat merupakan jalan hidup yg telah diajar, ditunjukkan, disuruh, dan apa - apa yang  ditegah oleh nabi untuk kita meninggalkannya.






Rabu, 11 September 2013

Kenangan Umrah ^_^

Kisah ini tidak mungkin padam dari ingatan selagi diizinkan Allah swt.. :-)

Indah tak mampu dilafazkan dengan kata - kata.. Subhana Allah kayanya Allah swt.. Siapalah kita kan.. 

Pertama kali saya ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 14 - 26 Jun 2012... Ya Allah itu sahaja yang mampu saya katakan.. Setelah setahun berlalu.. Cinta itu masih ada dan selalu ada.. Rindu ya Allah.. 

Saya cuma ingin mengabadikan cinta ini dalam blog saya.. Biar ia kekal sampai bila - bila.. Walau bertamu sekali lagi.. 
Yang pertama tetap abadi kan.. 

Memang tak ambil gambar sangat.. Kerana terlalu teruja.. Hanya untuk tatapan.. Selebih cerita mungkin anda kena berusaha ke Sana :-) berusahalah.. Walau mati nanti, Allah tahu.. 













Selasa, 10 September 2013

Peluang perniagaan dengan modal yang rendah

Assalamualaikum wbkt :-)

Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat hendakNya. 

Just nak sharing, perniagaan yang ringkas tapi mudah dikendalikan.. 
Dan dengan menjual produk yang harga yang berpatutan, bermutu tinggi dan yang bestnya hanya gunakan internet sebagai medium penyampaian maklumat & Business yang sangat mudah!

Oklah kalau nak tau lebih lanjut... Boleh pm/whatsapp saya 0162339737


Tenangkan perasaan anda :-)

Seharian tentu rasa teruk kan.. kalau penat kerja atau study..
Tapi kadang - kadang tak buat apa pun penat jugak kan... hahaha

Solat wajib kena cukup 5 waktu,
Baca Al Quran,
Ikut sunnah Rasulullah saw..
Berpuasa wajib penuh di bulan Ramadhan (Jika mampu)..
dan sebenarnya banyak lagi..

Selain daripada itu.. Kita mesti mencari alternatif lain untuk berasa tenang dengan kadar segera...

Kalau saya.. dah tentu minum kopi..
Huh.. benar - benar mengembalikan tenaga :-)

Tapi saya selalu minum sekali sehari sahaja.. tak perlu banyak..
^_^

Ok saya perkenalkan.. MINERAL COFFEE..
Perghhh memang terangkat..
Rasanya pun EXOTIC!!!
Haaa macam mana tu??

Dengan rasa kopi Robusta & garam buluh.. Memang terbaik... :-)
dan apa yang anda rasai:

  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.





Isnin, 9 September 2013

Doa - doa harian kita

Assalamualaikum wbkt.. ^_^

Berikut adalah koleksi doa harian untuk kita sama - sama amalkan & silakan berkongsi dengan semua. 

Doa - doa ini adalah hak semua.. Allahu Akhbar :-)