Sabtu, 31 Ogos 2013

Usrah Suci kembali lagi ^_^

Alhamdulillah terubat rindu kat usrah suci.. Sbb bercuti selama sebulan Ramadhan  

Kelas kali ini bermula dengan topik perut oleh ustaz Bollywood - Ustaz Haslin. Nak cerita memang panjang lebar.. Tapi dipendekkan, berhati - hati kita dengan sumber mata pencarian kita. Contohnya,kalau rezeki itu kita perolehi itu dengan rasuah/judi atau senang cerita haram lah kan.. Kalau kita beli baju/kereta atau apa2 aje material boleh kita buang/musnahkan... Tapi bila kita beli barang makanan maka itu susah.. Kerana menjadi darah daging kita. Tidak mustahil lah kalau ada anak yang degil dan seterusnya.. Sendiri mau tahu.. Barangkali tidak anak kita.. Cucu kita.. Kita tak tau.. Boleh rosak keturunan.. 

Berhati - hatilah dengan rezeki yang bawa masuk ke dalam perut kita.. 

Dan ada sikit lagi.. Kalau di saat kita berasa kedekut nak bersedekah, maka kuatkan hati untuk bersedekah begitu juga ketika kita sedang menuju kekayaan kerana di situlah ujian hati yang sebenarnya..janji Allah itu pasti kan.. Lebih banyak kita taburkan di jalan Allah lagi banyak kita perolehi.. Tanpa kita sedari. Allahu Akhbar..  

Oklah itu belum sampai suku pun ilmu malam ni.. Kalau sempat kita cerita lagi naaa.. So berikut adalah beberapa gambar usrah kami  




Selasa, 27 Ogos 2013

Realiti kehidupan

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah swt dah bagi.. 

Tiada sebab kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmatNya. 

Kadang - kadang orang sembarangan berkata tanpa guna akal tapi kita tak mampu nak marah... Biar Allah swt sahaja yang tahu. Allah Allah Allah... 

Memang kita belum kahwin lagi.. Umur dah tinggi. Bukan tak cari tapi tak berkenan. Bukan juga memilih tapi memang belum tiba orangnya. Senang cerita ala relax lah.. Setiap yang berlaku adalah perancanganNya yang kita tak tau kan.. 

Kadang - kadang ada juga, kalau dah kahwin tanya bila nak dpt baby.. Sah dapat seorang tanya lagi bila nak tambah sorang.. Besok anak dah besar.. Tanya bila nak dapat menantu. Bila dapat menantu, tanya bila nak dapat cucu.

Hahahaha kelakar kan.. Tapi itu realiti.. Macam takde penghujungnya.. Macam takde soalan lain.. Pendek kata boringgggg.. Hehehe

Baiklah kita bercakap tentang peningkatan diri.. Motivasi.. Tentang kehidupan, agama dan sebagainya yang lebih bermanfaat. Kadang - kadang soalan begitu sangat tragis.. Mengguris perasaan. Tapi tak fikirkan.. 

Frankly speaking.. Saya bahagia je.. Saya ada parents, adik beradik, sahabat handai, adik ipar, anak buah.. Anak - anak kawan kita pun anak kita juga kan.. Jadi sebenarnya kita tak ada sebab untuk sedih - sedih kan.. 

Pendek kata.. Saya ok je! ^_^

Oklah selamat berbahagia semua! 



Majlis pertunangan adik lelaki saya & bakal isterinya :-) 


Anak buah lelaki kesayangan saya, Adam Rayyan bin Syufirsyah Yandy ^_^

Business partner saya Syamsul Bakhtiar dan Liyana. With their precious Omera & Omar. ^_^ 


I'm with my leader in GLAM business, Rynn Eshak. :-)




Sabtu, 24 Ogos 2013

Anugerah dari Allah & doa ibubapa

Assalamualaikum wbkt ;-)

Alhamdulillah semalam adalah hadiah yang terbaik dalam hidup ini.. Mungkin ada di antara memandang perkara biasa tapi andai kata kita berusaha dengan istiqomah.. Pastinya itu adalah antara memori terindah & menguatkan semangat untuk berusaha lagi :-)

Oklah sekarang ada kelas intensive.. 
Kita sambung lagi ye.. 

Jom cuci mata tgk gambar kita masa sm ssm award.. Tapi ni gambar bukan professional.. Cameraman tak bagi lagi huhuhu 

Jumpa lagi :-) 

 

Saya dengan mentor Rynn Eshak


Dengan business partner, Rahimah Ahmad. Semangat waja masih dalam pantang ni :-)


Macam ambil skrol masa zaman universiti dulu.. Hahahaha best tau! 


Alhamdulillah :-) 


Some of the Business partners :-)




Ahad, 18 Ogos 2013

Peluang perniagaan dengan modal yang rendah

Assalamualaikum wbkt :-)

Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat hendakNya. 

Just nak sharing, perniagaan yang ringkas tapi mudah dikendalikan.. 
Dan dengan menjual produk yang harga yang berpatutan, bermutu tinggi dan yang bestnya hanya gunakan internet sebagai medium penyampaian maklumat & Business yang sangat mudah!

Oklah kalau nak tau lebih lanjut... Boleh pm/whatsapp saya 0162339737


Jumaat, 9 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum wbkt & salam Syawal 1434H. 

Hari ni dah 2 Syawal bersamaan 9hb Ogos 2013, Jumaat. 

Seronok raya? Kalau berpeluang balik beraya memang akan rasa best kan.. Pada yang tidak berpeluang beraya tahun ini, semoga bertabah hati. Insya Allah raya kan sebulan ^_^

Ok raya tahun ni, ada banyak agenda antaranya cukur jambul anak buah sulung saya Adam Rayyan bin Syufirsyah Yandy bin Mohamad bin Ebai. Dan adik lelaki saya yang kedua akan bertunang juga. Insya Allah akan disatukan hujung tahun ini juga. Aamin ya rabbal alamin. 

Oo sebelum tu, saya pulang ke Sandakan, Sabah. ^_^

Oklah nak share beberapa foto untuk perkongsian kita.. :-)