Sabtu, 2 Februari 2013

Biozone Food Purifier *my journey to beautiful and Healthy life*

Alhamdulillah.. Hari ini seperti hari kebiasaannya tidak pernah sunyi dengan kerja. Menjalankan dua kerja memang adakalanya menduga akal tapi menjadikan diri lebih tabah, kritis, positif, kreatif & sentiasa bersedia :-)

Ok.. Hari Jumaat lepas, seperti selalunya akan melangkah penuh semangat ke kelas GLAM.. Its stand for Green Leader academy Malaysia. Sebuah kumpulan yang besar, saling memberi & menerima insan-insan yang mahu berusaha mengubah taraf kehidupan mereka, membina jiwa yang positif & aura yang membawa kebaikan kepada semua insan.
^_^

Ok berbalik pada tajuk kita.. Hari Sabtu 2/2/2013, saya & business partner Liyana Noor Azmi diberi peluang oleh Kak Safiah atau dikenali sebagai didi ( maksudnya kakak) untuk buat demonstrasi biozone food purifier di rumahnya. Alhamdulillah atas peluang yang sangat berharga.. Terima kasih Didi ^_^
Biozone Food Purifier ni berkuasa untuk membantu menyingkirkan bahan kimia yang tersembunyi dalam makanan mentah kita. Seperti yang kita tahu bahan mentah kita sudah mengalami banyak teknologi untuk mempercepatkan tumbesaran untuk meningkatkan kualiti & kuantiti. Hal yang demikian juga ada impaknya pada kesihatan kita. Mungkin kita tidak perasan tetapi seperti yang kita sedia maklum penyakit kini sudah semakin meningkat naik, dari penyakit biasa - biasa sahaja sehinggalah yang membawa maut seperti kanser, penyakit jantung, obesiti dan sebagainya banyak mengancam kita. Tahukah kita satu bahan yang sangat berbahaya telah lama tersembunyi dalam teknologi makanan adalah Formaldehyde. Ianya bertujuan mengawet bahan mentah kita menjadi lebih segar bugar & nampak elok & cantik. Bahan inilah juga digunakan untuk mengawet mayat. Oh tidak!!! Tapi itulah hakikatnya. =_=!

Oleh itu, Biozone food purifier dihasilkan sebagai salah satu kaedah pada kita untuk menyingkirkan toksin pada makanan dengan bantuan ozon. Selain itu ia juga mampu membersihkan peralatan dapur, mahupun botol susu & untuk kecantikan diri seperti membasuh wajah atau mandi dengan air yang telah dipurifikasikan.

Makanan yang dimasak dengan bahan mentah yang telah dipurifikasikan juga lebih sedap, tahan lama/lambat basi, buah - buahan & sayuran lebih rangup & tidak licin, ayam, daging, ikan, sotong, udang dan sebagainya juga lebih baik & tiada lagi kesan licin & berbuih.

Harganya cuma RM1,750.00/buah. Mudah digunakan semudah Plug & Play, berat hanya 2kg & jaminan selama setahun.

Untuk maklumat lanjut atau tujuan demonstrasi bolehlah hubungi saya, Yannie 0162339737.

Keyakinan kita pada kehidupan adalah dengan kesihatan yang unggul.